About Me


ATEEN.
My name is ateen, with the 'en' behind not 'in'. I love moshimoro! :D My mama says that world doesn't come in moshimoro bear. So my dream is to create a !big moshimoro bear in the world let everyone know how cute moshimoro are :) And potato-flavoured vegetables, meat and possibly, cookies. I also want to design moshimoro-peel clothes. Bwahahaha, MOSHIMRAWR SHALL DOMINATE THE WORLD!



Tagboard




Follow



Credits

Layout design by Eefennie. No part of this site should be duplicated or reproduced without written permission.
x x x


Wednesday, June 8, 2011
► baca dan berfikir sejenak wahai budak HOT DAN HENSEM
assalamualaikum, haii haii, sebelum baca di harap anda gagah dan aku doakan korang dalam keadaan sihat jadi doakan untuk aku jugak okayy , baca dan hayati.

Hi nama aku einn, aku gemuk buruk dan hodoh maka semestinya tiada siapa akan suka aku bukan? atas dasar muka aku dan saiz badan aku juga menyebabkan ramai jadi benci, kadang kala aku sendiri tidak tahu atas ape sebab mereka sentiasa membenci aku sedangkan aku tidak pernah menganggu kententeraman hidup mereka apetah lagi memijak mereka. lepas aku dapat result spm, walaupun tak adalah gempak mana tapi aku dapat biasiswa satu malaysia, okay lah kan, badan besar result kena besar jugakk . lepas tu aku di tawarkan masuk ke uitm, aku pasti ramai yang tahu uitm shahalam kat mana kan? okay mak aku orang biasa , dan ayah aku arkitek, aku tak suka berlagak, bukan nak riak tapi aku sedang bercerita jangan salah faham. okay ayah aku sangat sayang dekat aku plus mak aku juga mungkin disebab kan aku anak tunggal jadi mereka sentiasa menyajikan aku dengan makanan enak jadi aku dijadikan mangsa terpaksa menghadapi kegemukan. tapi aku tak ambil port tentang semua itu alasan nya aku pun bakal tak hidup lama di dunia indah ni, aku sangat sayang kan ibu bapa aku walaupun mereka selalu menentukan masa depan aku, tapi aku tersangat berterima kasih pada ALLAH atas memberi ibubapa yang tidak membiar kan anak nya menjadi seorang wanita yang tidak berakidah . jadi ayah dan ibu sangat menitikkan beratkan aurat dan perangai aku, aku sangat bersyukurr. perkara pertama bila aku sampai uitm shahalam aku dah tekad dalam hati kalau kena ejek kena maki kau kena sabar einn jangan nangis . biarlah mereka meneruskan kepuasan mereka maka pahala nya akan pergi kepada kau dan dosa tidak berganjak dari mereka. sedang sibuk tengok ramai orang cantik cantik dan hensem hensem belaka tetapi tidak mengugat naluri wanita aku . aku datang dengan satu tujuan belajar dan jangan main, sebelum meningalkan aku dekat kampus ibu dan ayah banyak pesan, kata ibu, belajar jangan bermain dan bermain pun jangan bermain :) jadi aku sangat faham maksud ibu, diakhir pesanan ibu kata, ibu sayang kamu einn biar apa orang kata tentang anak ibu, ibu tetap sayang kamu. aku bangga dapat ibu dan ayah macam mereka, aku tak perlu kawan ramai, tak perlu lari sana sini jika ada masalah atas sebab ibu dan ayah sentiasa memahami aku, aku masuk ke kampus dengan muka penuh berseri, aku dapat masuk bilik *** aku suka sebab aku suka HEE , roomate aku syie orang kl die comel dan cantik tetapi hati nya baik, manakala didi pula tidak suka kan aku , kata nya aku sebab kan bilik itu penuh, haish hati aku bagai kena rabak . -,- okay start hari orientasi mcm biasa, aku dengan muka blurr je lah, dapat pulak senior yang mulut sangat baik punyaa. aku redha je bila die perli aku then aku buat tak dengar je, bila die tanya eh awak tak sedar ke abang perli awak, then die gelak sorang2, aku buat muak pana je. HAHA. sebenarnya hati sakit takpe, ujian atas dunia memang perit jadi lalui saja, orang yang sentiasa bekup aku mesti lah syie. syie selalu tolong aku bila kena ejek, aku senyap saje, malas nak sibuk. then first sem start. aku belajar sungguh2 cewahh -,- ibu call aku tanya mcm mana einn punya first sem okay tak? aku cakap dalam sembunyi oh alah ibu bukan tak kenal anak ibu kan HAHA aku gelak walau perit, ibu kata ibu tahu anak ibu comel so mesti tak ada masalah punya. "haih ibu perli eiin ye? HEHE :PP kelas first aku pun dah kena kutuk entah mcm mana aku boleh hadapi kelas2 berikut nya. aku terpaksa tebal kan muka kuatkan hati, tekadkan niat kan? sehari sebelum habis first sem aku kelam kabut gila , bangun lambat lah katakan. sampai tak sempat nak kemas katil . aku jalan dengan gopoh nak beli tiket balik takut habis pulakk tibe tibe aku terlanggar seseorang, aku tengok senior patut ah sakit semacam. aku pun bangun then nak mintak maaf, tibe2 aku rasa pipi aku pedih sebelum aku sempat nak bercakap wah akak tu dah bagi setepek kat muka aku, entah apa salah aku. aku hanya terlanggar sahaja. pastu aku dengar boifren die kata " hekeleh budak gemuk ni apehal main langgar nye gemuk sangat sampai mata tertutup dengan lemak ke adikk" saat tu aku rasa mcm sangat sangat sangat sedih, entah apa dosa jadi budak gemuk. aku mula berfikir aku tak memilih nak jadi mcm ni kan bagus kalau aku tak lahair, tapi iman aku menangkas fikiran aku, jadi aku mengucap , apa yang aku fikir ni. last2 aku memang betul2 terlepas tiket bus. aku call ibu, ibu tak jawap, kenapa ibu tak jawap, ibu sakit ke, aku try call ayah, pun tak dapat, susah nye jadi anak tunggal ni. ARGHH. sampai malam aku tunggu je ibu call aku, tibe tibe ayah call aku, aku tekan butan hijau, aku dengar ayah menangis aku pelik tak pernah aku dengar ayah menangis, tibe ayah kata ibu dah tak ada, aku senyap dan terus menangis aku mula mula tak percaya, aku tanya ayah hampir 10 kali betul ke? kenapa malang sangat nasib aku? tiket habis then dapat berita mcm ni, aku harus cari jalan untuk balik , air mata dan kepenatan dah tak terasa, airmata aku jatuh murah mengalir dan terus mengalir tanpa henti, aku tunggu cab, dalam keadaan teresak sambil memohon doa meminta pertolongan, akhirnya ada cab yang berhenti , aku terus bagi tahu tempat nye dan pakcik tu bawa dengan penuh perlahan, aku mendesak aku mahu melihat ibu, aku mahu memeluk ibu, aku rindu ibu. pakcik itu sempat kata, jangan terlalu sedih kalau ditimpa musibah, maafkan aku pakcik aku tak dapat berhenti angis dan berhenti medesak kau supaya melajukan kereta kau. akhirnya aku sampai , aku lihat ramai dekat hospital, auntie, uncle, asyu dan ramai lagi. aku tengok wan tengah nangis , aku lari aku panggil ibu . time tu malu ke hodoh ke lantak lah aku letak ketepi . ayah datang peluk aku, ayah sabarkan aku dan kata itu ketentuan ALLAH, maka ayah meminta aku jangan nangis keran khuatir akan menyebab kan aku sakit, aku nak ikut ibu, kenapa bukan aku dulu, kenapa mesti ibu? lagi sekali aku menjadi hamba yang tidak bersyukur, aku diam dan terus membatu, ibu pernah pesan jangan bersedih dan jangan menangis saat kenangkan ibu, jadi diri sendiri dan tak perlu malu dengan kekurangan atas dasar cantik mcm mana pun kita semua itu hanya atas dunia, semua itu hanya mainan dunia yang akan menyebabkan manusia lupa pada pencipta, sejak ibu tiada blog aku dah lama tidak di update dengan new2 story aku, dan ini adalah last story dari EINN, aku akan menutup blog aku dan aku mohon maaf atas salah dan silap perilaku aku, maka semoga kalian memaafkan aku, biar pun gemuk mcm mana pun aku, buruk macam mana pun aku, aku masih milik ALLAH, aku masih hamba ALLAH, biarpun dunia meniddakkan kehadiran aku tetapi ALLAH sentiasa disisi, dengan bimbingan ayah semoga aku tidak lari dari landasan agama, semoga aku mennjadi semakin kuat dan kuat menghadapi tomahan dunia. dan aku hanya ada satu persoalan kepada semua perempuan dan lelaki di luar sana yang masih hensem kacak cantik dan bergaya, mengapa anda selalu memperlekehkan kami orang2 yang berbadan besar? apa dosanya kami? apa hina nya kami? kami manusia yang diciptakan allah seperti kamu mengapa kamu pertikaikan kejadian kami? apa beza nya kami dibandingkan kamu? begitu banyak persoalan aku yang tidak mampu kalian jawab bukan? disin aku harap kalian menhadiahkan ibu-ku alfatihah dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman (: 

cerita aku ambil dekat blog EINN. aku tersungguh terasa dengan cerita kau EINN, kalau boleh aku nak jadi kan kau sebagai sumber aku . tetapi kau tak aktif dah dalam blog, aku akan cuba cari bagaimana nak contact kau, aku doakan kau bahagia jadi diri kau. dan memang persoalan yang kau ajukan aku sendiri tak dapat jawab, tahniah atas kesabaran kau :)
wehh, korang sedar tak kenapa kita kat atas dunia ni? kenapa kita dijadikan diatas dunia ni? aku sendiri masih tercari siapa aku, masih belum kenal diri aku, masih mengharapkan mama. semoga aku dapat jadi orang yang sabar dah berubah kearah baik. 


You can keep talking but baby, I’m walking away; 4:34 AM